Isnin, 12 Disember 2016

NASI KERABU EXPRESS SAMPAI KE USA?

Alhamdulillah, che kak teruja nak story kat dalam blog ni. Apabila dapat order nasi kerabu express dari USA. Boleh bayangkan tak perasaan che kak. Dapat order dari Brunei pun dah buatkan che kak terawang awangan di awan yang biru. Inikan pula USA. 


Pada mulanya memang terkejut. Hehe. Tapi apa salahnya balas mesej kan. Dia adalah rakyat Malaysia yang rindukan masakan Malaysia. Nasi kerabu beb. Mana la tak teruja. Rakyat Malaysia bukan Melayu pun suka makan nasi kerabu tau. 

Walaupun jauh beribu batu, mudah-mudahan nasi kerabu express mampu menunaikan keinginan rakyat Malaysia yang rindukan nasi kerabu. 


Ini menambahkan semangat che kak untuk terus mempromosikan pes nasi kerabu express dalam negara dan oversea. Doakan ye. 

Pek ekonomi yang mengandungi kelapa goreng, sambal ikan, budu istimewa dan pewarna biru. Kastemer che kak request pek ekonomi yang ada tumisan dan yang ada budu istimewa. 

Setiap pek ekonomi ni berat 2 kg. Nisbah masak dengan  5 kg beras. Boleh simpan dalam peti ais dan tahan selama 6 bulan. Che kak pun turut jadikan pes ekonomi ni stok untuk anak-anak. Ala, sekejap je licin tu. 


Hehe. Che kak tak pandai english. Oh My English! Tapi alhamdulillah che kak ada suami, adik-adik dan kawan-kawan yang bantu che kak. Hehe. Kalau lambat reply tu bermakna tengah google translate la tu. Haha. Bukan tak boleh tulis bahasa melayu. Tapi alang-alang tu, boleh la belajar kan. Ilmu bahasa takkan habis sepanjang usia.

0133703161

Isnin, 21 November 2016

APA YANG SEDAP TENTANG NASI KERABU?

Malam ni sero tak dok selero nok makan. Masak ayam sos tiram je untuk anok2. Tapi, kalu tak makan, takut perut masuk angin dan jadi gastrik. Hadoi, betul2 takde selera ni. 

Buka pintu peti ais, eh sambal kelapa dan ikan ada lagi. Lebihan minggu lepas. Makan la nasi sikit. Takut gastrik je nanti. Eh berselera pulak rasa makan nasi dengan sambal kelapa dan ikan je. Walhal tak cukup lengkap pun. Budu tak de. Ulam jauh sekali nak hiris. Penyakit malas. Hehe. Lauk ayam, hanya dijeling je. 

Rupanya kesedapan dan keenakan nasi kerabu terletak pada sambal kelapa dan ikan. Kalau ada budu atau sambal tumisan, lagiiiii sedap...  

Ada satu kotak je lagi nasi kerabu express (biru).

#NasiKerabuExpress

0133703161

Ahad, 20 November 2016

NASI KERABU EXPRESS KE SARAWAK

Alhamdulillah, nasi kerabu dah selamat diposkan ke Mukah. Ramai juga orang Sarawak dan Sabah suka makan nasi kerabu ye. 

Che kak tak kacau otai nasi kerabu. Sape pandai dan berkelapangan masak nasi kerabu yang sedap memang terbaik la. 

Che kak mengaku tak pandai. Tambah pula rasa macam renyah je nak sediakan bahan nasi kerabu. Kelapa parut susah juga nak cari. Lepas tu nak goreng tanpa minyak pula, adoiii malasnyer. 

Kalau beli kat pasar malam atau kedai, kadang kala tak sedap. 

Ada pelajar praktikal tempat kerja che kak yang belajar kat Sabah dan Sarawak. Katanya kalau ada jual nasi kerabu harga RM15.00 sepinggan pun diorang sanggup beli. Sebab rindu punye pasal. 

Alahai. Nasib baik ada nasi kerabu express. Sambal kelapa dan ikan tak payah masak dah. Sekarang ni ada pek untuk peniaga nasi kerabu masak siap. Nak buat jamuan pun boleh. 

Jom layan nasi kerabu express.

0133703161

Selasa, 1 November 2016

APA ADA PADA NASI KERABU EXPRESS

Lama tak berasap kat blog che kak ni. Malam ni mata tak mau tido lagi. So, jangan buang masa, kita bercerita pasal nasi kerabu la ye. 

Alhamdulillah, sampai sekarang tak putus-putus lagi orang bertanyakan dan order nasi kerabu express. Walaupun che kak dikelilingi kedai nasi kerabu, tapi che kak tetap teruskan promote nasi kerabu express. Kenapa? Che kak tidaklah mengharapkan kekayaan hasil jual nasi kerabu express. Cuma rasa seronok apabila dapat bantu peminat nasi kerabu. 



Ramai peminat nasi kerabu yang merantau, rindukan nasi kerabu. Kat Kelantan ok ler sebab kedai makan banyak. Perantau?? Nasib baik ada nasi kerabu express wat hilang rasa rindu dan kempunan.  Betul kan?

Dalam pek ni ada beras siam anggaran 3 cawan kecil beras. Ada sambal ikan, kelapa goreng, budu, keropok dan pewarna biru.


Beras selepas dicuci, masukkan serai dan daun limau purut. Pewarna biru jangan dilupa. Rasa tak lengkap nasi kerabu kalau tak berwarna. Wangi semerbak apabila nasi dah masak.  Ops lupa nak bagitau. Beras siam ni kena masukkan air lebih sikit daripada beras biasa. 


Sambal ikan dan kelapa goreng digaulkan bersama. Tak perlu dah nak masak. Tapi kalau nak panaskan dengan microwave pun ok je. 

Sambal ikan dan kelapa yang belum digaulkan bersama

Sambal ikan dan kelapa goreng yang dah siap digaulkan bersama


Budu yang disediakan pun tak perlu dah dimasak. Sedap sangat. Budu masak stail budu golok. 


Budu masak stail bdu golok. 

Keropok ada la 6@7 keping. Goreng dulu tau.  Gambar keropok yang dah digoreng, lupa pulak nak snap. 

Tambahan ulam, ikut suka hati. Anak-anak che kak memang tak makan sayur dan ulam. Makan nasi kerabu tanpa ulam. Hehe. Ulam biasanya timun, tauge, kacang panjang, kobis. Standard ulam kat kedai makan. Tapi che kak suka ulam pucuk serai kayu, bunga kantan, daun kesum dan serai. Hiris halus-halus semua ulam tu. 

Lauk paling simple, ayam goreng je la che kak masak. Goreng ayam berempah. Kalau ada telur masin, pergh.. Nyakut molek. Ikut la nak masak lauk apa pun.  Alamak! Gambar ulam dan lauk pu  lupa juga nak snap. Bayangkan je la ye. Hehe.

Jom kita makan nasi kerabu. Opss. Nasi kerabu tumis pun ada. Jom layannn..

l


0133703161

Isnin, 10 Oktober 2016

NASI KERABU EXPRESS TERBANG KE SABAH DAN SARAWAK

Syukur pada Allah, sejak akhir-akhir ini dapat order nasi kerabu express dari Sarawak dan Sabah. Malahan ada yang repeat order. Walaupun kos postage agak mahal, namun ianya bukan halangan untuk dapatkan nasi kerabu express.
Aimi bersama kotak prepaid saiz M dan L (Sabah dan  Sarawak)
Kastemer dari Sabah, order 2 pek ekonomi dan 14 kotak nasi kerabu express. Katanya susah nak dapatkan nasi kerabu kat sana. Pek ekonomi ni adalah yang TERBARU! Lebih JIMAT!
Lebih MURAH!

 SESUAI UNTUK
 ✔ Bisnes nasi kerabu siap masak
✔ Jamuan buka puasa
✔ Majlis rumah terbuka

 ============ KANDUNGAN ============

1. Isi Ikan
2. Kelapa Goreng
3. Budu Istimewa
4. Pewarna Biru Bunga
*Cukup untuk dimasak bersama 5kg beras *

Berat 1 set 2kg 1 Set HANYA RM65 untuk 70 orang!

Pek ekonomi


 Che kak doakan bisnes nasi kerabu berjalan dengan maju jayanya. 0133703161

Ahad, 21 Ogos 2016

NASI KERABU EXPRESS SEDAP DAN NAK REPEAT ORDER

Alhamdulillah. Suka tak terkata hati che kak. Berbunga-bunga dalam hati  bagaikan dalam taman. Dah la cakap sedap. Siap nak repeat order  lagi. Kastemer che kak dari Limbang Sarawak. Ada rezeki, nasi kerabu express ketereh terbang ke Limbang Sarawak lagi ye. 

Ops. Kalau jumpa screenshot ni, kastemer che kak jangan marah ye. Hihi.  Che kak nak abadikan kenangan ni dalam blog che kak. 

0133703161

#NasiKerabuExpress

Testimoni nasi kerabu express

Ahad, 14 Ogos 2016

NASI KERABU EXPRESS SEDAP

Perkataan keramat "SEDAP" pun dah cukup membuatkan hati che kak berbunga-bunga.  Dah rasa nak lompat bintang. Setakat ni, alhamdulillah. Feedback yang che kak terima, semuanya baik-baik belaka.

Sambal kelapa dan ikan, memang tidak mengecewakan. Sedap sangat. Bagi peminat nasi kerabu, ada 2 jenis yang boleh dijadikan pilihan. Nasi kerabu warna biru ada budu golok. Nasi kerabu kuning ada tumisan. Keduanya tetap peminat tersendiri. Boleh cuba kedua-duanya. 

Line internet kat rumah tak berapa ok. Tak dapat che kak nak upload gambar banyak-banyak.

Sebarang order dan pertanyaan boleh wasap che kak. 0133703161.




Isnin, 1 Ogos 2016

NASI KERABU EXPRESS UNTUK TETAMU YANG BERTANDANG

Masih beraya lagi ke? Haha. Raya kan sebulan. So, raya sakan je la kan. Tak tau nak masak menu apa dah. Selalu je dapat kunjungan tetamu yang tak diduga? Tetamu kan membawa rezeki. So, kita kena memberi layanan yang terbaik.

Alahai, tak tahu nak masak apa? Nasi kerabu express kan ada. Cepat dimasak dan cepat pula dihidangkan kepada tetamu.

Macam si cek mek molek ni hah. Nasib baik stok nasi kerabu express sentiasa ada kat rumah tu. Kenyang perut suka hati.

Nak wat stok nasi kerabu express? Apa lagi. Wasap 0133703161.



Isnin, 25 Julai 2016

Like Page Nasi Kerabu Express Ketereh

Sambil duk ngulik si Awaatif, che kak duk google dan baca pasal fb Ads. Bila baca, macam mudah je. Tapi, che kak kena nuntut ilmu dengan 'tok guru' juga. Baru lebih faham. 
 
Kena mmodal belako la tu. Sementara che kak nok gi nuntut ilmu, sudikah rakan2 fb like page Nasi Kerabu Express Ketereh? Kiranya promosi page yang free dulu. 

https://m.facebook.com/Nasi-Kerabu-Express-Ketereh-788048024658650/

Rabu, 1 Jun 2016

KENAPA NASI KERABU EXPRESS TERISTIMEWA DI HATIKU

Kedai nasi kerabu di Ketereh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bahkan ada di mana-mana sahaja kat Kelantan. Sarapan pagi, makan tengahari bahkan makan malam pun mudah didapati. Sedap atau tidak, terpulang kepada selera dan tekak masing-masing. 

Saya bukanlah peminat nasi kerabu tegar. Yang betul-betul sedap je saya suka dan makan dengan penuh selera. Nasi kerabu golok kat Rantau Panjang memang sedap. Tapi jauh la pula nak pergi beli setiap hari. Itu pun kebetulan kawan yang belikan. Budu golok yang di masak sangat istimewa dan sedap. Pergh. 

Nasi kerabu golok depan taska anak-anak pun sedap. Tapi selalunya memang dah habis la. Tak sempat nak beli selepas pulang  bekerja. Cepat je habis.

Nasi kerabu tumis memang saya tak berapa suka. Makan hanya sekadar menjaga hati tuan rumah dan member yang belanja makan. Bagi peminat nasi kerabu, rasanya makan je asalkan  selagi namanya nasi kerabu. 

Tapi, selepas makan nasi kerabu express dan nasi kerabu tumis express, Ya Allah, tak dapat gambarkan perasaan. Sedap wei. Tak percaya, dalam kotak tu, ada nasi kerabu yang sedap. Sambal kelapa dan ikan memang sedap. Budu golok pun sedap. Try yang ada tumisan, pun sedap. Alahai... i yang tak berapa suka nasi kerabu, terus jatuh cinta dengan nasi kerabu express!! Opss. Ni tekak saya tau. Hehe. 

So, memang nekad nak jual nasi kerabu express. Tapi, orang Ketereh dan orang Kelantan nak ke nasi kerabu express? Kiri kanan depan belakang semua ada kedai makan yang jual nasi kerabu.  

Ermmm anggap ianya sebagai satu cabaran. Macamana nak kasi orang Kelantan amnya dan orang Ketereh khasnya terima dan suka makan nasi kerabu express. 

Apa istimewanya nasi kerabu express ni. Haaaa. Banyak keistimewaan dia tau. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Semestinya dapat membantu saya menyediakan hidangan nasi kerabu dengan pantas. Cepat dan mudah disediakan. Tak perlu dah nak tumbuk segala rempah bagai. Rasa macam masak sendiri  je nasi kerabu. Hehe.  Opss. Tak termasuk  otai masak nasi kerabu tau. Kalau otai masak, yang susah pun macam kacang je.

Saya suka wat stok sebab kalau ada tetamu datang dengan tiba-tiba, tadaaa... So, boleh la masak nasi kerabu yang istimewa untuk tetamu dengan pantas sekali. Haha. 

Haaa satu lagi cek nak habaq mai. Sambil-sambil balik kampung jumpa mak ayah boleh le bawa jadikan ole-ole. Kadang kala, saya akan kirim sebagai buah tangan kat saudara mara. 

Ada lagi cek nak habaq ni. Ada member selalu gi oversea. Bawa periuk dan beras sebab suaminya was was nak makan kat oversea. Bawa pek nasi kerabu express ni settle masalah. Sebab dah lengkap set nasi kerabu express. Cuma uols kena tambah ulam dan lauk je la. Alaaaa tak de ulam pun tak pe. Anak-anak makan je tanpa ulam sebab diorang tak suka makan sayur. 

Ada juga kastemer nak wat stok nasi kerabu express sebab nak wat sahur. Haaa betul juga kan. Waktu sahur mana ada kedai buka jual nasi kerabu. Tak tau la kat bandar besar. 

Setakat ni, alhamdulillah sebab selalu je restok setiap bulan. Sikit atau banyak tu, rezeki Allah yang bagi. Kena usaha lebih lagi ni. Kastemer kebanyakan perantau yang menetap di luar negeri Kelantan. Diorang susah nak jumpa nasi kerabu kat kedai. 

Selain promosi secara online, ada juga secara offline. Setakat ni ada 2 buah kedai yang saya tempatkan nasi kerabu express. Siapa lagi kalau bukan sesama kita sokong produk bumiputra.  Terima kasih tak terhingga kat tauke sebab percayakan nasi kerabu express. 

Alhamdulillah, saya ada beberapa agent dropship. Tak perlu modal dan simpan stok. Kalau ada orang nak, maklumkan aje. Ada la komisen tu.

Doakan agar saya boleh order minimum 100 pek setiap kali order. Kenapa saya susah-susah nak jual nasi kerabu express? Sebab utama, saya jatuh cinta dengan NKE. 





Jumaat, 27 Mei 2016

NASI KERABU EXPRESS SESUAI UNTUK BUAH TANGAN DAN DI MAKAN SEMASA SAHUR DAN BERBUKA PUASA

[1 PERGI 4 DATANG]

Ma kata, kesian kat saya sebab bawa #NasiKerabuExpress kat dia.  Tak rugi ke? Kan NKE tu barang dagangan saya. Saya kata, selalu je post kat fb, NKE boleh dijadikan ole-ole atau buah tangan semasa balik kampung. Nah, dah buktikan.

Sedikit pun takde perasaan rugi. Pengorbanan ibu tak terhitung dengan nilai wang ringgit.   Sampai je kat rumah semasa azan asar,  dapat wasap  order 4 kotak NKE. Bukan order 4 kotak yang saya terkejut. Tapi......

Tak sangka kenalan saya akan oder NKE sebab saya tak pernah promote kat dia tu. Segan nak promote kat dia sebab dia pakar masak. Semua orang tahu dia pandai masak. Semua masakan dia sedap yang teramat. Katanya nak buat makan dalam bulan puasa. 

Macamana dia tau ye? Dia tak de fb. Saya tak pernah pm dia pun. 

Alhamdulillah. Rezeki Allah.

0133703161

#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
#BukanNokNyohor
#SukoHatiBedooh
#AkuDanNKE
#1DuniaAkuNakCeritaPasalNKE

Selasa, 10 Mei 2016

AKU DAN KAD KECIL PINK

Alhamdulillah, satu lagi impian tercapai. Bisnes kad. Moga langkahku semakin jauh ke hadapan. Ramai juga yang memuji kad bisnes kiter. Katanya simple dan cute sebab warna pink. 

Hehe. Wanita kan tak dapat dipisahkan dengan warna pink. Warna yang memberi inspirasi dan semangat.


Any comment?

0133703161


Ahad, 24 April 2016

NASI KERABU EXPRESS VS KETAM



Aloh lah. Wat terliur jah. Peminat nasi kerabu express no 1 nyo wasap gambar nke ni.

0133703161

#NasiKerabuExpressKeterehTiadaBerpisahDariMukaBukuKu


BINTANG KECIL TRADING

Alhamdulillah. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila dah selamat daftar bisnes kat SSM. Ye la kan. Heboh diperkatakan orang, bisnes online juga kena daftar SSM walaupun on and off je bisnes tu.

Nama Bintang Kecil Trading di ambil sempena Nur Asmaa' Awaatif. Si kecil pencetus bisnes Nasi Kerabu Express. Si kecil yang menjadi penyeri buat kami sekeluarga. Kecik-kecik ni gomo peluk cium sayang la lagi. Hehe.

Dari cuba-cuba je dah kembangkan dengan Gum Arabic dan E-Man Coco. 

Customer yang disayangi lagi dihormati boleh la berjual beli tanpa rasa ragu-ragu ye. 

0133703161






Sabtu, 16 April 2016

INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON

Ya Allah, tak tergambar perasaan teruja apabila seseorang wasap katanya berminat dengan nasi kerabu express. Bukan calang-calang tempat.  London! Berminat nak jual nasi kerabu express kat sana dalam bulan puasa ni.  Mudah-mudahan orang Malaysia yang bermastautin di London dapat menghilangkan kerinduan pada nasi kerabu.

Dapat customer dari negara jiran iaitu Brunei pun dah rasa macam berada di taman syurga. Inikan pula London. Namun yang menjadi halangannya, ialah postage. Huwaaaa nak menangis apabila tengok kos postage. Katànya pernah pos baràng seberat 2 kg pun dah mencecah RM200.00. Inikan pula berpuluh puluh kg. Kos pos melalui laut murah sikit. Tapi yang menjadi masalahnya, 3@4 bulan baru sampai.  Alahai kempunan nak tengok orang London makan nasi kerabu express Ketereh.

Nanti ada kelapangan yang tidak mengganggu waktu kerja, nak pergi ke pejabat pos dan lain-lain perkhidmatan pos. Nak survey dulu kata orang. Sekarang ni tanya pakcik google je dulu. 

Mudah-mudahan ada jalan dan dipermudahkan urusan pengeposan nasi kerabu express. Mudah-mudahan orang London tetap boleh makan nasi kerabu express. Hanya doa kepada Allah yang dapat ku titipkan. 

Bukan keuntungan yang berlipat ganda yang saya impikan. Hanya punya impian agar Nasi Kerabu Express Ketereh berjaya sampai ke oversea. Melintasi laut menuju ke negara yang di mana ramai rakyat Malaysia rindukan nasi kerabu. 

0133703161

#NasiKerabuExpressKetereh
#London
#AgentOversea




Rabu, 13 April 2016

ORANG BRUNEI RESTOK NASI KERABU EXPRESS


Baru jah odar 20 pek NKE. Hari ni booking pulok 30 pek NKE. Sedap le tu. Kali ni odar nasi kerabu tumis express.  Rasa macam nak tampar jah wajahku ini. Macam tak percaya nasi kerabu express nok sampai ke Brunei pulok.

Syukur alhamdulillah. Suka rasa jiwa raga makanan kesukaanku dah menjejak ke Oversea.

Ada yang nak selit order #NasiKerabuExpress?

0133703161

#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
#Brunei

Isnin, 11 April 2016

KENAPA DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH TERJEBAK DALAM BIZ

"Kuat Kak Za nego loni. Nasi kerabu express la. Gum Arab la, E-Man Coco la". Itulah antara kata-kata member. Haha. Rasa nak gelak juga. Hairan dengan diri sendiri.  Asalnya, memang tak pandai pun nak berniaga.  

Beli #NasiKerabuExpress sekadar nak jamu makan untuk anak-anak je.  Anak-anak memang suka makan nasi kerabu. Tapi, ambo tak pandai nak masak. Bukan tak belajar memasak. Tapi, tetap tak sedap. Hihi. Nak siapkan  hidangan nasi kerabu mau 3 jam kat dapur. Hadoi! Kerja rumah banyak lor selain daripada memasak.  

Masa tengah berpantang dengan Awaatif, ternampak iklan nasi kerabu express kat FB. Wow!!! Nasi kerabu dalam kotak? Apa lagi, ambo order je la. Memang sempoi masak nasi kerabu ni. Masak nasi, hiris ulam dan wat lauk kesukaan je. Sambal kelapa, sambal ikan, budu@tumisan dah siap. Boleh makan terus. Kan jimat masa tu. Sedap macam mak-mak kite masak. 

Pastu, apalagi. Bercerita dalam blog le. FB dan IG memang tak tinggal la. Haha. Yo la. Nak cerita kat orang, nampak sibuk belako. 

Tak sangka, ramai juga yang berminat nak try makan nasi kerabu express.  Sampai ke hari ini, tak putus-putus orang order.

Lagi satu, ambo suka wat stok kat rumah sebab boleh kasi buah tangan kat saudara mara yang bertandang. Tapi loni tak sempat nak wat stok sebab, asyik licin je setiap kali restok. 

Bertambah semangat apabila dapat bunting free daripada tauke besar nasi kerabu express.  Alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Eh! Betul ke peribahasa ni. Haha. 

Lagipun bukannya susah biz nasi kerabu express ni. Bukan kena masak pun. Bukan kena bersengkang mata siapkan juadah nasi kerabu.  Tapi, ambo tabik la kat sebelah Key Ell. Sebab diorang kreatif. Masak nasi kerabu daripada pes nasi kerabu express untuk dijual sekali dengan hidangan lengkap. Kannn.. Diorang tak perlu dah nak tumbuk segala rencah nasi kerabu.  

#GUM ARABIC tu sebab ma ambo yang suruh promosikan kat FB. Ma memang puas hati dengan Gum Arabic ni. Sebab penyakit kencing manis, kolestrol, darah tinggi dah tak ade. Ma kata, sayang kalau orang tak tau pasal khasiat Gum Arabic ni. Haha. Ma ooo ma. Kito yang lambat tahu. Satu dunia  dah tahu khasiat penawar dari Sudan ni.

Tak sampai sebulan promote kat alam maya, dah jalan 3 kotak. Alhamdulillah. Bertambah suka hati sebab dapat feedback yang baik-baik aje tentang Gum Arabic ni. 

Habis tu, #E-MAN COCO pun Kak Za nak jual juga. Hahaha. Ambo beli stok yang banyak pun untuk anak-anak je. Sebab beli direct dari KILANG tau. So,  dapat la harga borong. Free postage lagi.  Anak-anak memang kuat minum minuman bercoklat. 

Hmmm susah juga kat Ketereh ni nak dapatkan E-Man Coco tu. So, boleh la ambo tolong belikan sape-sape yang nak minuman berkhasiat ni. 

Apa yang paling penting produk ni, ambo makan /minum seisi keluarga. Saya beli, saya makan, saya minum, saya jual. 

Lagi satu, bukan nak kaya jadi jutawan macam Dr. VIDA pun. (Tapi memang selalu berangan pun. Haha)..Bagi ambo, cukup la sekadar lepas duit saku sekolah anak-anak. Walaupun bekerja makan gaji, tapi kos sara hidup 7 orang anak, bukan sedikit. Keperluan asas sahaja pun mencecah ribuan. 

YA Allah. Memang berbeza perasaan dapat duit gaji bulanan dengan duit hasil biz.  Kebergantungan kepada Allah memang lain rasanya. Duit gaji, kita dah ada keyakinan, 25hb setiap bulan mesti dapat gaji.  Kan kan kan. Tapi kalau biz, Tawakkal kepada Allah terlalu tinggi. Terlalu mengharapkan agar dimurahkan rezeki dan ada jualan. 

0133703161

#GumArabic
#AlManna
#NasiKerabuExpress
#SayaBeliSayaMakanSayaJual

Rabu, 6 April 2016

NASI KERABU EXPRESS DAH SELAMAT DIPOSKAN KE BRUNEI

Alhamdulillah, tadi dah selamat poskan 20 peket nasi kerabu express ke Brunei. Transit kat Limbang, Sarawak. Mudah-mudahan selamat sampai kat tangan Tuan Haji dengan baik. Apabila dah poskan via pos laju tu, dah rasa lega sikit.

Moga impian Tuan Haji nak memperkenalkan nasi kerabu kat Brunei tercapai. Moga orang Brunei dapat menerima dan suka masakan nasi kerabu.

Untuk sebarang pertanyaan dan order, boleh hubungi@whatsapp 0133703161



Sabtu, 2 April 2016

NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE BRUNEI

Lepas Isyak tadi, punye la mengantuk yang teramat.  Sebelum nak tidur, tengok wasap jap. Eh! Ada wasap bukan nombor telefon Malaysia.  Jawab salam lah dulu. 

Ya Allah, rupanya dapat order nasi kerabu express dari BRUNEI. Syukur Ya Allah.  Rasa nak tampar je muka ni. Betul ke ni? Hilang rasa mengantuk. Penangan nasi kerabu express.

Mudah-mudahan Nasi Kerabu Express selamat sampai ke Brunei.  Katanya lagi, nak masak dan dijual yang dah siap masak.  

Terlampau suka, kite kasi diskaun kaw2. Sebab yang paling utama, orang Brunei dapat makan nasi kerabu express Ketereh. 

Kalau dapat sambutan, dia nak jadi agen BRUNEI. Mudah-mudahan murah rezekinya.

'Orang Ketereh ter, bilo nok try NKE Ketereh. Kito gantung bunting doh kat depe rumoh'.

0133703161

#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu



RESTOK NASI KERABU EXPRESS


Sambil 'guling'2 ulit Awaatif, sempat wat order #NasiKerabuExpress. Syukur, zaman sekarang ni mudah je nak wat biz. Semuanya di hujung jari. 

Saya seorang 'pemalu'. Malu nak buka mulut nak promote apa2 produk.  Tapi, tangan saya laju je nak menaip kat fb, IG, page, blog. Menulis dari hati. Saya suka kongsi perasaan mengenai sesuatu produk secara menulis.  Orang singgah baca, saya tetap bersyukur. 

Terima kasih kepada pelopor 'internet'.  Walaupun penyakit malu, tapi rezeki tetap masyuk. OK lah kan untuk orang macam saya ni. Alhamdulillah, setiap bulan tetap restok. 

0133703161

#NasiKerabuExpressKeterehTiadaBerpisahDariMukaBukuKu


SAHUR DENGAN NASI KERABU EXPRESS

Tak lama dah nak puasa. Sekarang ni ramai yang dah start ganti puasa.  Tak dinafikan, ramai juga yang bersahur dengan nasi. 

Nak bersahur dengan cara yang pantas dan enak? Masak nasi, hiris ulam dan rebus telur masin pun dah cukup menyelerakan. Sambal kelapa dan ikan dah disediakan dalam pek. Gaulkan aje kasi sebati. Budu / tumisan pun disediakan. 

Tunggu ngap je. Gambar kat bawah ni, lauk telur dadar je. Tapi sedapnya tak terkata.

0133703161

#NasiKerabuExpress
#NasiKerabuTumisExpress
#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukabukuKu

Nasi Kerabu Express. Tambah ulam dan lauk sahaja. 

Rabu, 30 Mac 2016

BUNTING NASI KERABU EXPRESS

Rancang nak buat bunting nasi kerabu express. Nak gantung kat luar rumah. Senang kan sebagai 'tanda' pengenalan ejen nasi kerabu express.  Nak promote dari rumah ke rumah, rasa macam mustahil je.

Baru je nak risik-risik kedai printing bunting. Survey harga. Tup tup terbaca dalam grup exclusive NKE. Tauke NKE nak kasi free kat sape-sape yang nak. Macam tak percaya je. Of course la nak kan? Peluang dan rezeki dah depan mata. Ya Allah, murahkanlah rezeki puan tauke NKE dan kami. 

2 atau 3 hari kemudian, member kat kaunter kasitau ada barang pos. Terkejut kite. Haha.. Ya Allah, tak sabar rasanya nak gantung kat luar rumah.

Alahai, takde paku simen la pulak. Paku kayu ada. Tapi tak boleh pasang kat dinding.  Gayat wei nok panjat tangga pulak. Ya Allah, hilangkanlah rasa gayat ni.

Perbualan dengan Aqilah.

Aqilah: Gapo ni umi? Ada gambar nasi kerabu hok umi beli sokmo.

Umi: "Banting".

Aqilah: Nok wat untuk gapo?

Umi: Nok gantung kat luar rumoh kito. Sene ore tahu kito ado nasi kerabu express.


#NasiKerabuExpressKetereh berpisah tiada dari mukabukuku.

Jom cepat-cepat wasap 0133703161 






Selasa, 29 Mac 2016

TESTIMONI NASI KERABU EXPRESS SECARA LISAN

Perbualan dengan kawan-kawan yang dah makan nasi kerabu express. Boleh ke rakam suara?Kihkihkih. Testimoni secara lisan. Ambo tak pandai nok nawok (tipu) ni. 

Kata mereka, sambal kelapa dan ikan nasi kerabu express sedap. Tak de rasa "tengik". (bahasa luar sebut apa ye)? Kuat dooh makan nasi kerabu plus budu. Pekat bahasa ibunda Kelantan. Hihi. Sambal tumis pun sedap juga. Rasa fresh dari dapur. 

Kata mereka lagi, kadang kala, nasi kerabu kat kedai pun belum tentu sedap macam nasi kerabu express. (Ops! Jangan kondem nasi kerabu orang lain ye). 

Jom makan nasi kerabu express. Cepat dan mudah disediakan. Hanya tambah ulam dan lauk kegemaran sahaja. 

0133703161

#NasiKerabuExpress
#NasiKerabuExpressKetereh berpisah tiada dari mukabukuku.

Rabu, 23 Mac 2016

Nasi Kerabu Express sedap dan mudah disediakan

Assalamualaikum.. Wah lama tak bersiaran nasi kerabu express.. Sibuk beb..Kihkih.. Jawapan standard... 

Namun begitu, biz NKE tetap jalan.. Tak putus2 costumer wasap dan pm fb messenger..  Dapat wasap dari Sabah, Sarawak pun dah rasa bagaikan berada kat taman bunga.. Dalam hati ada taman.. Haha..

Kawan2 pun tak sangka Kak Za macam serius je biz NKE ni..  Kak Za tak pandai nak mulakan perbualan atau pm orang supaya beli NKE.. Tapi, kalau costumer dah start bertanya, memang tak berhenti la Kak Za story pasal NKE.. hehe..

Sebab tu Kak Za lebih suka cerita kat dalam blog dan page.. FB dan IG pun tak lupa juga updated.. Senang.. Haha.. Sambil scroll tu, boleh la korang tengok dan baca apa yang Kak Za tulis.. 

Sebenarnya, Kak Za bukan lah nak kejar untung semata-mata. Tapi Kak Za rasa nak bantu sesiapa sahaja yang teringin nak masak dan makan nasi kerabu sendiri. Banyak sebab seperti sibuk, tak sempat, tak pandai walaupun dah cuba resepi google, masih lagi tak jumpa nasi kerabu yang sedap.. So, inilah peluang dan alternatif untuk penyediaan nasi kerabu dengan pantas dan sedap. Semudah 1 2 3.  Termasuk bantu diri sendiri.. Hihi...

Contoh macam Kak Za le.. Baby Awaatif memang suka beriba je.. Tak mau duk kat tilam dia.. Memang tak leh nak wat kerja rumah sangat. Nak masak pun susah.. Kan dah susah hati kalau anak-anak request nasi kerabu. Mana nak rebus ikan, mana nak goreng kelapa lagi, mana nak dan nak dan nak dan nak dan nak.............. 

Nasib baik ada nasi kerabu express yang rasanya sama je macam kita masak sendiri.. Percaya? Mesti percaya.. 

Nak tanya dan order, wasap je Kak Za 0133703161.. 

#NasiKerabuExpress
#NasiKerabuExpressKetereh


Khamis, 10 Mac 2016

Masak dan makan nasi kerabu express di mana-mana dan bila-bila masa sahaja

Teruja betul tengahari tadi.  Ada kawan ofis, en. S sponsor nasi kerabu tumis express. So, cik Siti dan Kak Am pun masak nasi, goreng telur dadar, keropok dan hiris ulam.  En. S ni orang Johor tulen. So, dia jadi juri rasa nasi kerabu express. Sedap katanya. Nasib baik en. S suka dan boleh terima  NKE. Nasib baik orang luar pun suka nasi kerabu ni. 



Komen kawan2 orang Kelantan ori pula, NKE memang rasanya sama macam nasi kerabu yang di masak sendiri. Takde la rasa tengik atau rasa tiruan. Pendek kata, memang sedap la. 

Masak dan makan NKE tu time rehat tau. Tak ganggu pun waktu kerja.  Makan dengan telur dadar pun sedap juga..Kihkihkih..


Sape nak cuba rasa, meh la pm Kak Za 0133703161.

Rabu, 9 Mac 2016

NASI KERABU EXPRESS BELI 10 PERCUMA POSTAGE

Sekarang ni sibuk sikit sebab dah masuk kerja balik. So, kena utamakan tugas2 hakiki. Walau bagaimanapun, rezeki nasi kerabu express tetap berjalan dengan jayanya. 

Alhamdulillah, hari ni dapat order 10 pek nasi kerabu biru. So, sebagai tanda penghargaan kepada costumer, Kak Za belanja free pos. Banyak dah jimat tu..

Nasi kerabu express semakin mendapat tempat di hati penggemar nasi kerabu. Sejak NKE HQ masuk tv, yang tak suka nasi kerabu pun nak cuba rasa juga. Percayalah.. Memang sedap..

Meh la kito try dulu. Rasa terliur NKE, CEPAT2 PM 0133703161.


Nasi kerabu express ketereh

Ahad, 6 Mac 2016

NASI KERABU EXPRESS MASUK TV1, SELAMAT PAGI MALAYSIA

Nasi kerabu express telah dijemput masuk TV1 pagi semalam.. Hari Sabtu 5.3.2016 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia..


Gambar2 ni ehsan daripada Nasi Kerabu Express HQ. Comel tauke NKE ni..

Jom cuci mata..

Ramai yang nak cuba ni.. Kalau rasa nak makan, cepat2 pm 0133703161..






Isnin, 29 Februari 2016

CARA MEMASAK NASI KERABU EXPRESS

Jom kita belajar cara2 nak masak nasi kerabu. Tapi nasi kerabu express ler.. hihi.. 

Nasi kerabu express dan nasi kerabu tumis express


Mula2 buka kotak NKE. Ada pek beras siam.. Masukkan dalam periuk dan basuh beras.. Beras siam ni kena letak air lebih sikit daripada beras biasa. Letak la 1 batang serai dan daun limau purut.. Nak kasi nasi bau wangi .  Letak pewarna biru @ kuning yang telah disediakan dalam pek NKE. Kacau2 sikit kasi sebati.. Lepas tu jangan lupa tekan suis on ye.. Kan naya je nasi tak masak..



Cara2 buat sambal nasi kerabu pula, ambil sambal kelapa dan sambal ikan. Gaulkan bersama sehingga sebati.. Siap..



Budu @ tumisan pun dah siap.. Tak payah dah nak masak..  Tuang je atas nasi nanti. 

Keropok jangan luper goreng pulak ye.. 

Ulam paling simple ulam kacang panjang, kobis dan timun. Hiris halus2 ye.. Boleh juga tambah ulam daun serai kayu dan bunga kantan. Hiris halus2..

So, boleh fokus kepada lauk.. Ikan celup tepung, daging bakar, ayam bakar, telur masin dan ikut suka lah nak lauk ape.. Ayam goreng pun sedap juga.




Sedap sangat.. Macam masakan sendiri tau.. Satu pek baru RM20.00. Boleh makan untuk 6 orang.. 

Boleh pm 0133703161. Boleh COD area Ketereh, dan Pasir Puteh Kelantan.

Pos pun boleh.. Postage RM9.00. Untuk 10 pek free postage untuk semenanjung sahaja.

Jumaat, 26 Februari 2016

NASI KERABU BIRU VS NASI KERABU KUNING


Nasi kerabu biru vs nasi kerabu kuning..

Haha.. Apa beza 2 jenis nasi kerabu tu? 

Nasi kerabu biru ada budu.. Macam nasi kerabu golok.. 
Manakala nasi kerabu kuning ada tumisan.. 

Nasi kerabu express dan nasimkerabu tumis express

Nasi kerabu biru sesuai untuk orang yang suka makan kering.. Manakala nasi kerabu kuning sesuai untuk orang yang suka berkuah sikit..

Sebab tu Kak Za suka nasi kerabu express.. Ada 2 versi pilihan.. Kedua-duanya tetap sedap dan cepat disediakan..

Jom, apa lagi cepat2 pm 0133703161
Fb Kak Za, Hasliza Ummu Aqilah


Rabu, 24 Februari 2016

5 MASALAH YANG MEMERLUKAN NASI KERABU EXPRESS SEBAGAI PENYELESAIAN

1) Kadang kala, buntu nak bawa apa sebagai buah tangan bila balik kampung.. 

2) Kadang kala buntu nak masak apa dengan cepat dan pantas tapi sedap dan menyelerakan..

3) Kadang kala ada tetamu yang tak terduga berkunjung ke rumah..

4) Kadang kala, teringin nak makan nasi kerabu tetapi sukar untuk diperolehi..

5) Kadang kala nak cuba masak nasi kerabu, tetapi tak pandai juga nak masak..

Ada masalah seperti di atas? Nasi kerabu express amat membantu anda menyelesaikan masalah seperti di atas.. Jom order, boleh wat stok kat rumah.. 

Sementara ada promosi beli 9 percuma 1 sehingga 29.2.2016, jom cepat2 pm 0133703161..

Selasa, 23 Februari 2016

BELI 9 PERCUMA 1 NASI KERABU EXPRESS

[Beli 9 percuma 1]

Sempena tahun lompat ni, saya nak kasi percuma 1 pek nasi kerabu express yang bernilai RM20.00 untuk setiap pembelian 9 pek..

Tarikh tutup 29.2.2016..

Boleh share dengan kawan2 dan adik beradik..

Jom pm cepat2 0133703161




Isnin, 22 Februari 2016

TESTIMONI NASI KERABU EXPRESS





Antara testimoni adik beradik Kak Za. Kalau diorang suka, lagi senang nak promote.. Hehe..

Maklumlah, semuanya duk kat luar dari Kelantan.. Key Ell dan Labuan. So, orang perantauan tentu rindukan nasi kerabu..

Jom , wasap Kak Za cepat2 0133703161


5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA NASI KERABU EXPRESS

Assalamualaikum.. Apa khabar semua... Moga sihat walafiat dan murah rezeki belaka... Dah sarapan ke belum?  Kak Za belum makan lagi.. Sekejap lagi lah sarapan sebab baru je makan supplement.. 

Kak Za nak bagitau 5 sebab kenapa Kak Za suka makan nasi kerabu express..

1) Mudah disediakan kerana setiap pek dah ada beras siam, keropok, sambal ikan, sambal kelapa, budu (pek biru). Ada tumisan (pek kuning). Cara masak nasi pun ada dinyatakan di belakang pek.  Hanya tambah ulam dan lauk kegemaran sahaja. Tak perlu dah susah2 nak buat sambal ikan dan kelapa serta tumisan.

2) Sedap sengoti.. Memang sedap sebab ni resepi asli nasi kerabu.  Tambahan pula, NKE merupakan yang pertama di pasaran.

3) Ada 2 pilihan. Pek biru ada budu dan pek kuning ada tumisan. Ada orang suka makan nasi kerabu yang ada tumisan. Ada juga yang suka makan 'takde kuah'. 

4) Boleh di simpan buat stok. Kadang2 tetamu datang tak terduga. So, kita boleh hidang nasi kerabu express sebab cepat siap. Ada juga orang jauh di perantauan, so boleh lah masak nasi kerabu express untuk hilangkan rasa rindu masakan kampung. 

5) Harga mampu milik. RM20.00 je satu pek. Boleh makan seramai 6 orang. 


Sape yang nak boleh pm ye.. 0133703161.. Boleh COD di sekitar Ketereh dan Pasir Puteh.. Untuk pos pun boleh aje.. 1 pek harganya RM20.00.. untuk postage tambah RM9.00.. Beratnya lebih kurang 700 gram..

Nasi kerabu express ada budu (biru)

Nasi kerabu tumis express ada tumisan (kuning)

Ahad, 21 Februari 2016

BAGAIMANA CARA SAYA DAPATKAN NASI KERABU EXPRESS


Alkisahnya, pada suatu hari, kawan Kak Za 'tunjuk' dalam wasap grup yang dia makan nasi kerabu segera..  Dalam hati  Kak Za berkata, wah.. nasi kerabu pun ada yang segera.. Camno eh pengusaha bikin nasi kerabu segera tu.. Tapi Kak Za kata juga kat dia, kat Kelantan ni 'belana koknar' (banyak) nasi kerabu fresh.. Tapi kat tempat dia susah juga nak jumpa nasi kerabu..

Pastu Kak Za ternampak la kat fb promosi pasal nasi kerabu express.. So, Kak Za pun oder la.. Makan dgn keluarga.. Ermmm sedap jugok wei.. Ho la weiii nok harap ko Kak Za buat sendiri gak, pah ceroh laaaa...

Doh sedap tu gak, Kak Za berasa nak share kat fb sebab yakin dengan produk ni.. Mana la tahu, kot-kot ramai lagi yang terliur nak makan nasi kerabu. Antara sebabnya  susah nak beli kat kedai, tak de peniaga yang jual nasi kerabu, tak berkesempatan nak masak sendiri, ada yang nak simpan stok utk banjir, tetamu dan pelbagai lagi la..

Wat permulaan ni ada juga oder sebab nak cuba rasa dulu..  Kak Za pun bermula daripada cuba juga.. Pastu terus jatuh cinta.. dan terus jadi agen nasi kerabu express ketereh. .. Sape nak boleh je COD area Ketereh dan Pasir Puteh, Kelantan.. Nak suruh pos pun boleh..

Nak order? Jom pm 0133703161..




NASI KERABU EXPRESS SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN


Assalamualaikum.. Apa khabar semua... Moga sihat walafiat dan murah rezeki belaka... Dah sarapan ke belum? Cuti hujung minggu ni mesti dah plan nak wat ape kan? 

Jom kita makan nasi kerabu.. Nasi kerabu expressssss... Tadaaaaa... Hahaha.. 


Nasi kerabu express ada 2 jenis tau.. Nasi kerabu express warna biru ada budu.. Manakala nasi kerabu tumis express warna kuning. Ada tumisan.. Sedap tau.. Dah rasa mesti nak lagi..  1 pek boleh makan untuk 6 orang..

Sukanya rasa hati apabila costumer  ada yang repeat order.. Siap untuk wat ole2 balik kampung lagi.. 



Sape yang nak boleh pm ye.. 0133703161.. Boleh COD di sekitar Ketereh dan Pasir Puteh.. Untuk pos pun boleh aje.. 1 pek harganya RM20.00.. untuk postage tambah RM9.00.. Beratnya lebih kurang 700 gram..

Sabtu, 20 Februari 2016

NASI KERABU EXPRESS CEPAT DAN MUDAH DISEDIAKAN

Alkisahnya petang semalam... Suami dan anak2 lambat balik sebab anak ada aktiviti petang kat sekolah.. Sampai kat rumah dah hampir pukul 7.00 ptg..

Pukul 6.00 lebih, Kak Za dah rasa resah gelisah.. Kesian pula kat suami nanti nak masak lagi, nak uruskan anak-anak lagi dan pendek kata semua kerja rumah lah.. Sepanjang tempoh berpantang ni, memang suami yang uruskan kerja2 rumah dan anak2..

Kak Za nak tolong masak.. Tapi, alahai... Malasnya nak masak.. Sebabnya si baby Awaatif ni asyik merengek manja je.. Apa lagi nak menyusu dan beriba la tu..

Nasi kerabu express dan nasi kerabu tumis express

Kak Za pula kalau nak memasak mesti lambat siap sebab kononnya wat kerja secara sistematik... Kena selesai satu persatu.. Hehehe.. 

Apalagi, Kak Za buka sekotak nasi kerabu tumis express.. Basuh beras siam dan sukatan air kena lebih sikit.. Sebab kebiasaannya memang kena lebihkan air.. Lepas tu masukkan serbuk kunyit nak kasi warna kuning nasi tu.. Lepas tu masukkan serai yang dah diketuk.. Alamak! Daun limau purut tak de la pulak.. Tapi tak pe.. Tak wajib pun.. Sekadar nak bagi nasi  bau wangi je ..

Cara masak nasi kerabu


Lepas tu isi ikan dan kelapa goreng digaul sekali.. Siap.. Sambal tumisan pun dah siap.. 

Cara buat sambal nasi kerabu


Untuk ulam, Kak Za hiris kobis je.. Sebab anak2 memang tak makan sayur dan ulam.. 

Kak Za goreng ayam dan goreng keropok.. Siap..  20 minit je dah siap semua.. Tunggu makan je..

Nampak tak... Sekurang-kurangnya nasi kerabu express membantu Kak Za yang pening duk mikir nak masak ape dengan cepat, pantas dan sedap..

Kak Za pun tak rasa stress dan penat memasak... Terima kasih nasi kerabu express..



Kalau sesiapa yang nak, Kak Za ada stok.. Boleh COD di Ketereh dan pasir puteh, Kelantan.. Hubungi je melalui no. tel 0133703161..

KENAPA SAYA PILIH NASI KERABU EXPRESS

Bila tengok otai masak nasi kerabu, nampak macam mudah.. Bila try masak sendiri, hadoiii...  Tak sanggup dah nak masak..

Nak beli nasi kerabu kat pasar malam, takut tak sedap.. Ayyoyo... Rupa-rupanya dah berbelas tahun Kak Za tak g pasar malam.. 

Kat kawasan rumah ni memang banyak peniaga jual nasi kerabu.. Tapi Kak Za tak berkesempatan sokmo nak beli.. Sebabnya belum matahari terbit, dah keluar dari rumah pergi kerja.. Sampai kat rumah dah lewat petang.. 

Kalau ada tetamu, segan betul tau sebab jarang benar dapat hidangkan menu kat tetamu.. Selalunya air teh kosong je.. Sebabnya Kak Za segan nak masak kalau ada orang..

Dulu, ada juga la terfikir, takde ke orang jual nasi kerabu yang bila-bila masa je blh masak?

Wow.. Sekarang dah ada nasi kerabu ekspress..  Mudah disediakan dan boleh disimpan buat stok kat rumah..

Hehe..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0133703161

Contoh hidangan nasi kerabu tumis express 

TESTIMONI NASI KERABU EXPRESS


Assalamualaikum..

Jom kite baca testimoni nasi kerabu express ketereh..
Testimoni costumer Kak Za sendiri tau.. Kak Za dah minta izin dengan costumer untuk share..