Rabu, 23 Mac 2016

Nasi Kerabu Express sedap dan mudah disediakan

Assalamualaikum.. Wah lama tak bersiaran nasi kerabu express.. Sibuk beb..Kihkih.. Jawapan standard... 

Namun begitu, biz NKE tetap jalan.. Tak putus2 costumer wasap dan pm fb messenger..  Dapat wasap dari Sabah, Sarawak pun dah rasa bagaikan berada kat taman bunga.. Dalam hati ada taman.. Haha..

Kawan2 pun tak sangka Kak Za macam serius je biz NKE ni..  Kak Za tak pandai nak mulakan perbualan atau pm orang supaya beli NKE.. Tapi, kalau costumer dah start bertanya, memang tak berhenti la Kak Za story pasal NKE.. hehe..

Sebab tu Kak Za lebih suka cerita kat dalam blog dan page.. FB dan IG pun tak lupa juga updated.. Senang.. Haha.. Sambil scroll tu, boleh la korang tengok dan baca apa yang Kak Za tulis.. 

Sebenarnya, Kak Za bukan lah nak kejar untung semata-mata. Tapi Kak Za rasa nak bantu sesiapa sahaja yang teringin nak masak dan makan nasi kerabu sendiri. Banyak sebab seperti sibuk, tak sempat, tak pandai walaupun dah cuba resepi google, masih lagi tak jumpa nasi kerabu yang sedap.. So, inilah peluang dan alternatif untuk penyediaan nasi kerabu dengan pantas dan sedap. Semudah 1 2 3.  Termasuk bantu diri sendiri.. Hihi...

Contoh macam Kak Za le.. Baby Awaatif memang suka beriba je.. Tak mau duk kat tilam dia.. Memang tak leh nak wat kerja rumah sangat. Nak masak pun susah.. Kan dah susah hati kalau anak-anak request nasi kerabu. Mana nak rebus ikan, mana nak goreng kelapa lagi, mana nak dan nak dan nak dan nak dan nak.............. 

Nasib baik ada nasi kerabu express yang rasanya sama je macam kita masak sendiri.. Percaya? Mesti percaya.. 

Nak tanya dan order, wasap je Kak Za 0133703161.. 

#NasiKerabuExpress
#NasiKerabuExpressKetereh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan