Isnin, 11 April 2016

KENAPA DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH TERJEBAK DALAM BIZ

"Kuat Kak Za nego loni. Nasi kerabu express la. Gum Arab la, E-Man Coco la". Itulah antara kata-kata member. Haha. Rasa nak gelak juga. Hairan dengan diri sendiri.  Asalnya, memang tak pandai pun nak berniaga.  

Beli #NasiKerabuExpress sekadar nak jamu makan untuk anak-anak je.  Anak-anak memang suka makan nasi kerabu. Tapi, ambo tak pandai nak masak. Bukan tak belajar memasak. Tapi, tetap tak sedap. Hihi. Nak siapkan  hidangan nasi kerabu mau 3 jam kat dapur. Hadoi! Kerja rumah banyak lor selain daripada memasak.  

Masa tengah berpantang dengan Awaatif, ternampak iklan nasi kerabu express kat FB. Wow!!! Nasi kerabu dalam kotak? Apa lagi, ambo order je la. Memang sempoi masak nasi kerabu ni. Masak nasi, hiris ulam dan wat lauk kesukaan je. Sambal kelapa, sambal ikan, budu@tumisan dah siap. Boleh makan terus. Kan jimat masa tu. Sedap macam mak-mak kite masak. 

Pastu, apalagi. Bercerita dalam blog le. FB dan IG memang tak tinggal la. Haha. Yo la. Nak cerita kat orang, nampak sibuk belako. 

Tak sangka, ramai juga yang berminat nak try makan nasi kerabu express.  Sampai ke hari ini, tak putus-putus orang order.

Lagi satu, ambo suka wat stok kat rumah sebab boleh kasi buah tangan kat saudara mara yang bertandang. Tapi loni tak sempat nak wat stok sebab, asyik licin je setiap kali restok. 

Bertambah semangat apabila dapat bunting free daripada tauke besar nasi kerabu express.  Alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Eh! Betul ke peribahasa ni. Haha. 

Lagipun bukannya susah biz nasi kerabu express ni. Bukan kena masak pun. Bukan kena bersengkang mata siapkan juadah nasi kerabu.  Tapi, ambo tabik la kat sebelah Key Ell. Sebab diorang kreatif. Masak nasi kerabu daripada pes nasi kerabu express untuk dijual sekali dengan hidangan lengkap. Kannn.. Diorang tak perlu dah nak tumbuk segala rencah nasi kerabu.  

#GUM ARABIC tu sebab ma ambo yang suruh promosikan kat FB. Ma memang puas hati dengan Gum Arabic ni. Sebab penyakit kencing manis, kolestrol, darah tinggi dah tak ade. Ma kata, sayang kalau orang tak tau pasal khasiat Gum Arabic ni. Haha. Ma ooo ma. Kito yang lambat tahu. Satu dunia  dah tahu khasiat penawar dari Sudan ni.

Tak sampai sebulan promote kat alam maya, dah jalan 3 kotak. Alhamdulillah. Bertambah suka hati sebab dapat feedback yang baik-baik aje tentang Gum Arabic ni. 

Habis tu, #E-MAN COCO pun Kak Za nak jual juga. Hahaha. Ambo beli stok yang banyak pun untuk anak-anak je. Sebab beli direct dari KILANG tau. So,  dapat la harga borong. Free postage lagi.  Anak-anak memang kuat minum minuman bercoklat. 

Hmmm susah juga kat Ketereh ni nak dapatkan E-Man Coco tu. So, boleh la ambo tolong belikan sape-sape yang nak minuman berkhasiat ni. 

Apa yang paling penting produk ni, ambo makan /minum seisi keluarga. Saya beli, saya makan, saya minum, saya jual. 

Lagi satu, bukan nak kaya jadi jutawan macam Dr. VIDA pun. (Tapi memang selalu berangan pun. Haha)..Bagi ambo, cukup la sekadar lepas duit saku sekolah anak-anak. Walaupun bekerja makan gaji, tapi kos sara hidup 7 orang anak, bukan sedikit. Keperluan asas sahaja pun mencecah ribuan. 

YA Allah. Memang berbeza perasaan dapat duit gaji bulanan dengan duit hasil biz.  Kebergantungan kepada Allah memang lain rasanya. Duit gaji, kita dah ada keyakinan, 25hb setiap bulan mesti dapat gaji.  Kan kan kan. Tapi kalau biz, Tawakkal kepada Allah terlalu tinggi. Terlalu mengharapkan agar dimurahkan rezeki dan ada jualan. 

0133703161

#GumArabic
#AlManna
#NasiKerabuExpress
#SayaBeliSayaMakanSayaJual

Tiada ulasan:

Catat Ulasan