Semudah 1 2 3. Asli, mudah, sedap sengoti. Ada 2 produk, nasi kerabu express (biru) dan nasi kerabu tumis express (kuning).. Setiap pek boleh dimakan untuk 6 orang.. Tambah ulam dan lauk kegemaran sahaja.. Boleh COD di sekitar Ketereh dan Pasir Puteh Kelantan.. Pos ke seluruh Malaysia dan oversea pun boleh.. Cepat2 pm 0133703161
Ahad, 24 April 2016
NASI KERABU EXPRESS VS KETAM
Aloh lah. Wat terliur jah. Peminat nasi kerabu express no 1 nyo wasap gambar nke ni.
0133703161
#NasiKerabuExpressKeterehTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
BINTANG KECIL TRADING
Alhamdulillah. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila dah selamat daftar bisnes kat SSM. Ye la kan. Heboh diperkatakan orang, bisnes online juga kena daftar SSM walaupun on and off je bisnes tu.
Nama Bintang Kecil Trading di ambil sempena Nur Asmaa' Awaatif. Si kecil pencetus bisnes Nasi Kerabu Express. Si kecil yang menjadi penyeri buat kami sekeluarga. Kecik-kecik ni gomo peluk cium sayang la lagi. Hehe.
Dari cuba-cuba je dah kembangkan dengan Gum Arabic dan E-Man Coco.
Customer yang disayangi lagi dihormati boleh la berjual beli tanpa rasa ragu-ragu ye.
0133703161
Sabtu, 16 April 2016
INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON
Ya Allah, tak tergambar perasaan teruja apabila seseorang wasap katanya berminat dengan nasi kerabu express. Bukan calang-calang tempat. London! Berminat nak jual nasi kerabu express kat sana dalam bulan puasa ni. Mudah-mudahan orang Malaysia yang bermastautin di London dapat menghilangkan kerinduan pada nasi kerabu.
Dapat customer dari negara jiran iaitu Brunei pun dah rasa macam berada di taman syurga. Inikan pula London. Namun yang menjadi halangannya, ialah postage. Huwaaaa nak menangis apabila tengok kos postage. Katànya pernah pos baràng seberat 2 kg pun dah mencecah RM200.00. Inikan pula berpuluh puluh kg. Kos pos melalui laut murah sikit. Tapi yang menjadi masalahnya, 3@4 bulan baru sampai. Alahai kempunan nak tengok orang London makan nasi kerabu express Ketereh.
Nanti ada kelapangan yang tidak mengganggu waktu kerja, nak pergi ke pejabat pos dan lain-lain perkhidmatan pos. Nak survey dulu kata orang. Sekarang ni tanya pakcik google je dulu.
Mudah-mudahan ada jalan dan dipermudahkan urusan pengeposan nasi kerabu express. Mudah-mudahan orang London tetap boleh makan nasi kerabu express. Hanya doa kepada Allah yang dapat ku titipkan.
Bukan keuntungan yang berlipat ganda yang saya impikan. Hanya punya impian agar Nasi Kerabu Express Ketereh berjaya sampai ke oversea. Melintasi laut menuju ke negara yang di mana ramai rakyat Malaysia rindukan nasi kerabu.
0133703161
#NasiKerabuExpressKetereh
#London
#AgentOversea
Rabu, 13 April 2016
ORANG BRUNEI RESTOK NASI KERABU EXPRESS
Baru jah odar 20 pek NKE. Hari ni booking pulok 30 pek NKE. Sedap le tu. Kali ni odar nasi kerabu tumis express. Rasa macam nak tampar jah wajahku ini. Macam tak percaya nasi kerabu express nok sampai ke Brunei pulok.
Syukur alhamdulillah. Suka rasa jiwa raga makanan kesukaanku dah menjejak ke Oversea.
0133703161
#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
#Brunei
Isnin, 11 April 2016
KENAPA DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH TERJEBAK DALAM BIZ
"Kuat Kak Za nego loni. Nasi kerabu express la. Gum Arab la, E-Man Coco la". Itulah antara kata-kata member. Haha. Rasa nak gelak juga. Hairan dengan diri sendiri. Asalnya, memang tak pandai pun nak berniaga.
Beli #NasiKerabuExpress sekadar nak jamu makan untuk anak-anak je. Anak-anak memang suka makan nasi kerabu. Tapi, ambo tak pandai nak masak. Bukan tak belajar memasak. Tapi, tetap tak sedap. Hihi. Nak siapkan hidangan nasi kerabu mau 3 jam kat dapur. Hadoi! Kerja rumah banyak lor selain daripada memasak.
Masa tengah berpantang dengan Awaatif, ternampak iklan nasi kerabu express kat FB. Wow!!! Nasi kerabu dalam kotak? Apa lagi, ambo order je la. Memang sempoi masak nasi kerabu ni. Masak nasi, hiris ulam dan wat lauk kesukaan je. Sambal kelapa, sambal ikan, budu@tumisan dah siap. Boleh makan terus. Kan jimat masa tu. Sedap macam mak-mak kite masak.
Pastu, apalagi. Bercerita dalam blog le. FB dan IG memang tak tinggal la. Haha. Yo la. Nak cerita kat orang, nampak sibuk belako.
Tak sangka, ramai juga yang berminat nak try makan nasi kerabu express. Sampai ke hari ini, tak putus-putus orang order.
Lagi satu, ambo suka wat stok kat rumah sebab boleh kasi buah tangan kat saudara mara yang bertandang. Tapi loni tak sempat nak wat stok sebab, asyik licin je setiap kali restok.
Bertambah semangat apabila dapat bunting free daripada tauke besar nasi kerabu express. Alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Eh! Betul ke peribahasa ni. Haha.
Lagipun bukannya susah biz nasi kerabu express ni. Bukan kena masak pun. Bukan kena bersengkang mata siapkan juadah nasi kerabu. Tapi, ambo tabik la kat sebelah Key Ell. Sebab diorang kreatif. Masak nasi kerabu daripada pes nasi kerabu express untuk dijual sekali dengan hidangan lengkap. Kannn.. Diorang tak perlu dah nak tumbuk segala rencah nasi kerabu.
#GUM ARABIC tu sebab ma ambo yang suruh promosikan kat FB. Ma memang puas hati dengan Gum Arabic ni. Sebab penyakit kencing manis, kolestrol, darah tinggi dah tak ade. Ma kata, sayang kalau orang tak tau pasal khasiat Gum Arabic ni. Haha. Ma ooo ma. Kito yang lambat tahu. Satu dunia dah tahu khasiat penawar dari Sudan ni.
Tak sampai sebulan promote kat alam maya, dah jalan 3 kotak. Alhamdulillah. Bertambah suka hati sebab dapat feedback yang baik-baik aje tentang Gum Arabic ni.
Habis tu, #E-MAN COCO pun Kak Za nak jual juga. Hahaha. Ambo beli stok yang banyak pun untuk anak-anak je. Sebab beli direct dari KILANG tau. So, dapat la harga borong. Free postage lagi. Anak-anak memang kuat minum minuman bercoklat.
Hmmm susah juga kat Ketereh ni nak dapatkan E-Man Coco tu. So, boleh la ambo tolong belikan sape-sape yang nak minuman berkhasiat ni.
Apa yang paling penting produk ni, ambo makan /minum seisi keluarga. Saya beli, saya makan, saya minum, saya jual.
Lagi satu, bukan nak kaya jadi jutawan macam Dr. VIDA pun. (Tapi memang selalu berangan pun. Haha)..Bagi ambo, cukup la sekadar lepas duit saku sekolah anak-anak. Walaupun bekerja makan gaji, tapi kos sara hidup 7 orang anak, bukan sedikit. Keperluan asas sahaja pun mencecah ribuan.
YA Allah. Memang berbeza perasaan dapat duit gaji bulanan dengan duit hasil biz. Kebergantungan kepada Allah memang lain rasanya. Duit gaji, kita dah ada keyakinan, 25hb setiap bulan mesti dapat gaji. Kan kan kan. Tapi kalau biz, Tawakkal kepada Allah terlalu tinggi. Terlalu mengharapkan agar dimurahkan rezeki dan ada jualan.
0133703161
#GumArabic
#AlManna
#NasiKerabuExpress
#SayaBeliSayaMakanSayaJual
Rabu, 6 April 2016
NASI KERABU EXPRESS DAH SELAMAT DIPOSKAN KE BRUNEI
Alhamdulillah, tadi dah selamat poskan 20 peket nasi kerabu express ke Brunei. Transit kat Limbang, Sarawak. Mudah-mudahan selamat sampai kat tangan Tuan Haji dengan baik. Apabila dah poskan via pos laju tu, dah rasa lega sikit.
Moga impian Tuan Haji nak memperkenalkan nasi kerabu kat Brunei tercapai. Moga orang Brunei dapat menerima dan suka masakan nasi kerabu.
Untuk sebarang pertanyaan dan order, boleh hubungi@whatsapp 0133703161
Sabtu, 2 April 2016
NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE BRUNEI
Lepas Isyak tadi, punye la mengantuk yang teramat. Sebelum nak tidur, tengok wasap jap. Eh! Ada wasap bukan nombor telefon Malaysia. Jawab salam lah dulu.
Ya Allah, rupanya dapat order nasi kerabu express dari BRUNEI. Syukur Ya Allah. Rasa nak tampar je muka ni. Betul ke ni? Hilang rasa mengantuk. Penangan nasi kerabu express.
Mudah-mudahan Nasi Kerabu Express selamat sampai ke Brunei. Katanya lagi, nak masak dan dijual yang dah siap masak.
Terlampau suka, kite kasi diskaun kaw2. Sebab yang paling utama, orang Brunei dapat makan nasi kerabu express Ketereh.
Kalau dapat sambutan, dia nak jadi agen BRUNEI. Mudah-mudahan murah rezekinya.
'Orang Ketereh ter, bilo nok try NKE Ketereh. Kito gantung bunting doh kat depe rumoh'.
0133703161
#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
RESTOK NASI KERABU EXPRESS
Sambil 'guling'2 ulit Awaatif, sempat wat order #NasiKerabuExpress. Syukur, zaman sekarang ni mudah je nak wat biz. Semuanya di hujung jari.
Saya seorang 'pemalu'. Malu nak buka mulut nak promote apa2 produk. Tapi, tangan saya laju je nak menaip kat fb, IG, page, blog. Menulis dari hati. Saya suka kongsi perasaan mengenai sesuatu produk secara menulis. Orang singgah baca, saya tetap bersyukur.
Terima kasih kepada pelopor 'internet'. Walaupun penyakit malu, tapi rezeki tetap masyuk. OK lah kan untuk orang macam saya ni. Alhamdulillah, setiap bulan tetap restok.
0133703161
#NasiKerabuExpressKeterehTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
SAHUR DENGAN NASI KERABU EXPRESS
Tak lama dah nak puasa. Sekarang ni ramai yang dah start ganti puasa. Tak dinafikan, ramai juga yang bersahur dengan nasi.
Nak bersahur dengan cara yang pantas dan enak? Masak nasi, hiris ulam dan rebus telur masin pun dah cukup menyelerakan. Sambal kelapa dan ikan dah disediakan dalam pek. Gaulkan aje kasi sebati. Budu / tumisan pun disediakan.
Tunggu ngap je. Gambar kat bawah ni, lauk telur dadar je. Tapi sedapnya tak terkata.
0133703161
#NasiKerabuExpress
#NasiKerabuTumisExpress
#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukabukuKu
![]() |
Nasi Kerabu Express. Tambah ulam dan lauk sahaja. |
Langgan:
Catatan (Atom)