Rabu, 30 Mac 2016

BUNTING NASI KERABU EXPRESS

Rancang nak buat bunting nasi kerabu express. Nak gantung kat luar rumah. Senang kan sebagai 'tanda' pengenalan ejen nasi kerabu express.  Nak promote dari rumah ke rumah, rasa macam mustahil je.

Baru je nak risik-risik kedai printing bunting. Survey harga. Tup tup terbaca dalam grup exclusive NKE. Tauke NKE nak kasi free kat sape-sape yang nak. Macam tak percaya je. Of course la nak kan? Peluang dan rezeki dah depan mata. Ya Allah, murahkanlah rezeki puan tauke NKE dan kami. 

2 atau 3 hari kemudian, member kat kaunter kasitau ada barang pos. Terkejut kite. Haha.. Ya Allah, tak sabar rasanya nak gantung kat luar rumah.

Alahai, takde paku simen la pulak. Paku kayu ada. Tapi tak boleh pasang kat dinding.  Gayat wei nok panjat tangga pulak. Ya Allah, hilangkanlah rasa gayat ni.

Perbualan dengan Aqilah.

Aqilah: Gapo ni umi? Ada gambar nasi kerabu hok umi beli sokmo.

Umi: "Banting".

Aqilah: Nok wat untuk gapo?

Umi: Nok gantung kat luar rumoh kito. Sene ore tahu kito ado nasi kerabu express.


#NasiKerabuExpressKetereh berpisah tiada dari mukabukuku.

Jom cepat-cepat wasap 0133703161 






Selasa, 29 Mac 2016

TESTIMONI NASI KERABU EXPRESS SECARA LISAN

Perbualan dengan kawan-kawan yang dah makan nasi kerabu express. Boleh ke rakam suara?Kihkihkih. Testimoni secara lisan. Ambo tak pandai nok nawok (tipu) ni. 

Kata mereka, sambal kelapa dan ikan nasi kerabu express sedap. Tak de rasa "tengik". (bahasa luar sebut apa ye)? Kuat dooh makan nasi kerabu plus budu. Pekat bahasa ibunda Kelantan. Hihi. Sambal tumis pun sedap juga. Rasa fresh dari dapur. 

Kata mereka lagi, kadang kala, nasi kerabu kat kedai pun belum tentu sedap macam nasi kerabu express. (Ops! Jangan kondem nasi kerabu orang lain ye). 

Jom makan nasi kerabu express. Cepat dan mudah disediakan. Hanya tambah ulam dan lauk kegemaran sahaja. 

0133703161

#NasiKerabuExpress
#NasiKerabuExpressKetereh berpisah tiada dari mukabukuku.

Rabu, 23 Mac 2016

Nasi Kerabu Express sedap dan mudah disediakan

Assalamualaikum.. Wah lama tak bersiaran nasi kerabu express.. Sibuk beb..Kihkih.. Jawapan standard... 

Namun begitu, biz NKE tetap jalan.. Tak putus2 costumer wasap dan pm fb messenger..  Dapat wasap dari Sabah, Sarawak pun dah rasa bagaikan berada kat taman bunga.. Dalam hati ada taman.. Haha..

Kawan2 pun tak sangka Kak Za macam serius je biz NKE ni..  Kak Za tak pandai nak mulakan perbualan atau pm orang supaya beli NKE.. Tapi, kalau costumer dah start bertanya, memang tak berhenti la Kak Za story pasal NKE.. hehe..

Sebab tu Kak Za lebih suka cerita kat dalam blog dan page.. FB dan IG pun tak lupa juga updated.. Senang.. Haha.. Sambil scroll tu, boleh la korang tengok dan baca apa yang Kak Za tulis.. 

Sebenarnya, Kak Za bukan lah nak kejar untung semata-mata. Tapi Kak Za rasa nak bantu sesiapa sahaja yang teringin nak masak dan makan nasi kerabu sendiri. Banyak sebab seperti sibuk, tak sempat, tak pandai walaupun dah cuba resepi google, masih lagi tak jumpa nasi kerabu yang sedap.. So, inilah peluang dan alternatif untuk penyediaan nasi kerabu dengan pantas dan sedap. Semudah 1 2 3.  Termasuk bantu diri sendiri.. Hihi...

Contoh macam Kak Za le.. Baby Awaatif memang suka beriba je.. Tak mau duk kat tilam dia.. Memang tak leh nak wat kerja rumah sangat. Nak masak pun susah.. Kan dah susah hati kalau anak-anak request nasi kerabu. Mana nak rebus ikan, mana nak goreng kelapa lagi, mana nak dan nak dan nak dan nak dan nak.............. 

Nasib baik ada nasi kerabu express yang rasanya sama je macam kita masak sendiri.. Percaya? Mesti percaya.. 

Nak tanya dan order, wasap je Kak Za 0133703161.. 

#NasiKerabuExpress
#NasiKerabuExpressKetereh


Khamis, 10 Mac 2016

Masak dan makan nasi kerabu express di mana-mana dan bila-bila masa sahaja

Teruja betul tengahari tadi.  Ada kawan ofis, en. S sponsor nasi kerabu tumis express. So, cik Siti dan Kak Am pun masak nasi, goreng telur dadar, keropok dan hiris ulam.  En. S ni orang Johor tulen. So, dia jadi juri rasa nasi kerabu express. Sedap katanya. Nasib baik en. S suka dan boleh terima  NKE. Nasib baik orang luar pun suka nasi kerabu ni. 



Komen kawan2 orang Kelantan ori pula, NKE memang rasanya sama macam nasi kerabu yang di masak sendiri. Takde la rasa tengik atau rasa tiruan. Pendek kata, memang sedap la. 

Masak dan makan NKE tu time rehat tau. Tak ganggu pun waktu kerja.  Makan dengan telur dadar pun sedap juga..Kihkihkih..


Sape nak cuba rasa, meh la pm Kak Za 0133703161.

Rabu, 9 Mac 2016

NASI KERABU EXPRESS BELI 10 PERCUMA POSTAGE

Sekarang ni sibuk sikit sebab dah masuk kerja balik. So, kena utamakan tugas2 hakiki. Walau bagaimanapun, rezeki nasi kerabu express tetap berjalan dengan jayanya. 

Alhamdulillah, hari ni dapat order 10 pek nasi kerabu biru. So, sebagai tanda penghargaan kepada costumer, Kak Za belanja free pos. Banyak dah jimat tu..

Nasi kerabu express semakin mendapat tempat di hati penggemar nasi kerabu. Sejak NKE HQ masuk tv, yang tak suka nasi kerabu pun nak cuba rasa juga. Percayalah.. Memang sedap..

Meh la kito try dulu. Rasa terliur NKE, CEPAT2 PM 0133703161.


Nasi kerabu express ketereh

Ahad, 6 Mac 2016

NASI KERABU EXPRESS MASUK TV1, SELAMAT PAGI MALAYSIA

Nasi kerabu express telah dijemput masuk TV1 pagi semalam.. Hari Sabtu 5.3.2016 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia..


Gambar2 ni ehsan daripada Nasi Kerabu Express HQ. Comel tauke NKE ni..

Jom cuci mata..

Ramai yang nak cuba ni.. Kalau rasa nak makan, cepat2 pm 0133703161..