Isnin, 21 November 2016

APA YANG SEDAP TENTANG NASI KERABU?

Malam ni sero tak dok selero nok makan. Masak ayam sos tiram je untuk anok2. Tapi, kalu tak makan, takut perut masuk angin dan jadi gastrik. Hadoi, betul2 takde selera ni. 

Buka pintu peti ais, eh sambal kelapa dan ikan ada lagi. Lebihan minggu lepas. Makan la nasi sikit. Takut gastrik je nanti. Eh berselera pulak rasa makan nasi dengan sambal kelapa dan ikan je. Walhal tak cukup lengkap pun. Budu tak de. Ulam jauh sekali nak hiris. Penyakit malas. Hehe. Lauk ayam, hanya dijeling je. 

Rupanya kesedapan dan keenakan nasi kerabu terletak pada sambal kelapa dan ikan. Kalau ada budu atau sambal tumisan, lagiiiii sedap...  

Ada satu kotak je lagi nasi kerabu express (biru).

#NasiKerabuExpress

0133703161

Ahad, 20 November 2016

NASI KERABU EXPRESS KE SARAWAK

Alhamdulillah, nasi kerabu dah selamat diposkan ke Mukah. Ramai juga orang Sarawak dan Sabah suka makan nasi kerabu ye. 

Che kak tak kacau otai nasi kerabu. Sape pandai dan berkelapangan masak nasi kerabu yang sedap memang terbaik la. 

Che kak mengaku tak pandai. Tambah pula rasa macam renyah je nak sediakan bahan nasi kerabu. Kelapa parut susah juga nak cari. Lepas tu nak goreng tanpa minyak pula, adoiii malasnyer. 

Kalau beli kat pasar malam atau kedai, kadang kala tak sedap. 

Ada pelajar praktikal tempat kerja che kak yang belajar kat Sabah dan Sarawak. Katanya kalau ada jual nasi kerabu harga RM15.00 sepinggan pun diorang sanggup beli. Sebab rindu punye pasal. 

Alahai. Nasib baik ada nasi kerabu express. Sambal kelapa dan ikan tak payah masak dah. Sekarang ni ada pek untuk peniaga nasi kerabu masak siap. Nak buat jamuan pun boleh. 

Jom layan nasi kerabu express.

0133703161

Selasa, 1 November 2016

APA ADA PADA NASI KERABU EXPRESS

Lama tak berasap kat blog che kak ni. Malam ni mata tak mau tido lagi. So, jangan buang masa, kita bercerita pasal nasi kerabu la ye. 

Alhamdulillah, sampai sekarang tak putus-putus lagi orang bertanyakan dan order nasi kerabu express. Walaupun che kak dikelilingi kedai nasi kerabu, tapi che kak tetap teruskan promote nasi kerabu express. Kenapa? Che kak tidaklah mengharapkan kekayaan hasil jual nasi kerabu express. Cuma rasa seronok apabila dapat bantu peminat nasi kerabu. 



Ramai peminat nasi kerabu yang merantau, rindukan nasi kerabu. Kat Kelantan ok ler sebab kedai makan banyak. Perantau?? Nasib baik ada nasi kerabu express wat hilang rasa rindu dan kempunan.  Betul kan?

Dalam pek ni ada beras siam anggaran 3 cawan kecil beras. Ada sambal ikan, kelapa goreng, budu, keropok dan pewarna biru.


Beras selepas dicuci, masukkan serai dan daun limau purut. Pewarna biru jangan dilupa. Rasa tak lengkap nasi kerabu kalau tak berwarna. Wangi semerbak apabila nasi dah masak.  Ops lupa nak bagitau. Beras siam ni kena masukkan air lebih sikit daripada beras biasa. 


Sambal ikan dan kelapa goreng digaulkan bersama. Tak perlu dah nak masak. Tapi kalau nak panaskan dengan microwave pun ok je. 

Sambal ikan dan kelapa yang belum digaulkan bersama

Sambal ikan dan kelapa goreng yang dah siap digaulkan bersama


Budu yang disediakan pun tak perlu dah dimasak. Sedap sangat. Budu masak stail budu golok. 


Budu masak stail bdu golok. 

Keropok ada la 6@7 keping. Goreng dulu tau.  Gambar keropok yang dah digoreng, lupa pulak nak snap. 

Tambahan ulam, ikut suka hati. Anak-anak che kak memang tak makan sayur dan ulam. Makan nasi kerabu tanpa ulam. Hehe. Ulam biasanya timun, tauge, kacang panjang, kobis. Standard ulam kat kedai makan. Tapi che kak suka ulam pucuk serai kayu, bunga kantan, daun kesum dan serai. Hiris halus-halus semua ulam tu. 

Lauk paling simple, ayam goreng je la che kak masak. Goreng ayam berempah. Kalau ada telur masin, pergh.. Nyakut molek. Ikut la nak masak lauk apa pun.  Alamak! Gambar ulam dan lauk pu  lupa juga nak snap. Bayangkan je la ye. Hehe.

Jom kita makan nasi kerabu. Opss. Nasi kerabu tumis pun ada. Jom layannn..

l


0133703161