Kedai nasi kerabu di Ketereh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bahkan ada di mana-mana sahaja kat Kelantan. Sarapan pagi, makan tengahari bahkan makan malam pun mudah didapati. Sedap atau tidak, terpulang kepada selera dan tekak masing-masing.
Saya bukanlah peminat nasi kerabu tegar. Yang betul-betul sedap je saya suka dan makan dengan penuh selera. Nasi kerabu golok kat Rantau Panjang memang sedap. Tapi jauh la pula nak pergi beli setiap hari. Itu pun kebetulan kawan yang belikan. Budu golok yang di masak sangat istimewa dan sedap. Pergh.
Nasi kerabu golok depan taska anak-anak pun sedap. Tapi selalunya memang dah habis la. Tak sempat nak beli selepas pulang bekerja. Cepat je habis.
Nasi kerabu tumis memang saya tak berapa suka. Makan hanya sekadar menjaga hati tuan rumah dan member yang belanja makan. Bagi peminat nasi kerabu, rasanya makan je asalkan selagi namanya nasi kerabu.
Tapi, selepas makan nasi kerabu express dan nasi kerabu tumis express, Ya Allah, tak dapat gambarkan perasaan. Sedap wei. Tak percaya, dalam kotak tu, ada nasi kerabu yang sedap. Sambal kelapa dan ikan memang sedap. Budu golok pun sedap. Try yang ada tumisan, pun sedap. Alahai... i yang tak berapa suka nasi kerabu, terus jatuh cinta dengan nasi kerabu express!! Opss. Ni tekak saya tau. Hehe.
So, memang nekad nak jual nasi kerabu express. Tapi, orang Ketereh dan orang Kelantan nak ke nasi kerabu express? Kiri kanan depan belakang semua ada kedai makan yang jual nasi kerabu.
Ermmm anggap ianya sebagai satu cabaran. Macamana nak kasi orang Kelantan amnya dan orang Ketereh khasnya terima dan suka makan nasi kerabu express.
Apa istimewanya nasi kerabu express ni. Haaaa. Banyak keistimewaan dia tau. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Semestinya dapat membantu saya menyediakan hidangan nasi kerabu dengan pantas. Cepat dan mudah disediakan. Tak perlu dah nak tumbuk segala rempah bagai. Rasa macam masak sendiri je nasi kerabu. Hehe. Opss. Tak termasuk otai masak nasi kerabu tau. Kalau otai masak, yang susah pun macam kacang je.
Saya suka wat stok sebab kalau ada tetamu datang dengan tiba-tiba, tadaaa... So, boleh la masak nasi kerabu yang istimewa untuk tetamu dengan pantas sekali. Haha.
Haaa satu lagi cek nak habaq mai. Sambil-sambil balik kampung jumpa mak ayah boleh le bawa jadikan ole-ole. Kadang kala, saya akan kirim sebagai buah tangan kat saudara mara.
Ada lagi cek nak habaq ni. Ada member selalu gi oversea. Bawa periuk dan beras sebab suaminya was was nak makan kat oversea. Bawa pek nasi kerabu express ni settle masalah. Sebab dah lengkap set nasi kerabu express. Cuma uols kena tambah ulam dan lauk je la. Alaaaa tak de ulam pun tak pe. Anak-anak makan je tanpa ulam sebab diorang tak suka makan sayur.
Ada juga kastemer nak wat stok nasi kerabu express sebab nak wat sahur. Haaa betul juga kan. Waktu sahur mana ada kedai buka jual nasi kerabu. Tak tau la kat bandar besar.
Setakat ni, alhamdulillah sebab selalu je restok setiap bulan. Sikit atau banyak tu, rezeki Allah yang bagi. Kena usaha lebih lagi ni. Kastemer kebanyakan perantau yang menetap di luar negeri Kelantan. Diorang susah nak jumpa nasi kerabu kat kedai.
Selain promosi secara online, ada juga secara offline. Setakat ni ada 2 buah kedai yang saya tempatkan nasi kerabu express. Siapa lagi kalau bukan sesama kita sokong produk bumiputra. Terima kasih tak terhingga kat tauke sebab percayakan nasi kerabu express.
Alhamdulillah, saya ada beberapa agent dropship. Tak perlu modal dan simpan stok. Kalau ada orang nak, maklumkan aje. Ada la komisen tu.
Doakan agar saya boleh order minimum 100 pek setiap kali order. Kenapa saya susah-susah nak jual nasi kerabu express? Sebab utama, saya jatuh cinta dengan NKE.