Teruja wei mat salleh omputeh Maryland, USA makan nasi kerabu che kak. Tak tahu nak tulis apa dah. Biar gambar je la berbicara.
NASI KERABU EXPRESS KETEREH
Semudah 1 2 3. Asli, mudah, sedap sengoti. Ada 2 produk, nasi kerabu express (biru) dan nasi kerabu tumis express (kuning).. Setiap pek boleh dimakan untuk 6 orang.. Tambah ulam dan lauk kegemaran sahaja.. Boleh COD di sekitar Ketereh dan Pasir Puteh Kelantan.. Pos ke seluruh Malaysia dan oversea pun boleh.. Cepat2 pm 0133703161
Sabtu, 7 Januari 2017
Isnin, 12 Disember 2016
NASI KERABU EXPRESS SAMPAI KE USA?
Alhamdulillah, che kak teruja nak story kat dalam blog ni. Apabila dapat order nasi kerabu express dari USA. Boleh bayangkan tak perasaan che kak. Dapat order dari Brunei pun dah buatkan che kak terawang awangan di awan yang biru. Inikan pula USA.
Pada mulanya memang terkejut. Hehe. Tapi apa salahnya balas mesej kan. Dia adalah rakyat Malaysia yang rindukan masakan Malaysia. Nasi kerabu beb. Mana la tak teruja. Rakyat Malaysia bukan Melayu pun suka makan nasi kerabu tau.
Walaupun jauh beribu batu, mudah-mudahan nasi kerabu express mampu menunaikan keinginan rakyat Malaysia yang rindukan nasi kerabu.
Ini menambahkan semangat che kak untuk terus mempromosikan pes nasi kerabu express dalam negara dan oversea. Doakan ye.
Pek ekonomi yang mengandungi kelapa goreng, sambal ikan, budu istimewa dan pewarna biru. Kastemer che kak request pek ekonomi yang ada tumisan dan yang ada budu istimewa.
Setiap pek ekonomi ni berat 2 kg. Nisbah masak dengan 5 kg beras. Boleh simpan dalam peti ais dan tahan selama 6 bulan. Che kak pun turut jadikan pes ekonomi ni stok untuk anak-anak. Ala, sekejap je licin tu.
Hehe. Che kak tak pandai english. Oh My English! Tapi alhamdulillah che kak ada suami, adik-adik dan kawan-kawan yang bantu che kak. Hehe. Kalau lambat reply tu bermakna tengah google translate la tu. Haha. Bukan tak boleh tulis bahasa melayu. Tapi alang-alang tu, boleh la belajar kan. Ilmu bahasa takkan habis sepanjang usia.
0133703161
Isnin, 21 November 2016
APA YANG SEDAP TENTANG NASI KERABU?
Malam ni sero tak dok selero nok makan. Masak ayam sos tiram je untuk anok2. Tapi, kalu tak makan, takut perut masuk angin dan jadi gastrik. Hadoi, betul2 takde selera ni.
Buka pintu peti ais, eh sambal kelapa dan ikan ada lagi. Lebihan minggu lepas. Makan la nasi sikit. Takut gastrik je nanti. Eh berselera pulak rasa makan nasi dengan sambal kelapa dan ikan je. Walhal tak cukup lengkap pun. Budu tak de. Ulam jauh sekali nak hiris. Penyakit malas. Hehe. Lauk ayam, hanya dijeling je.
Rupanya kesedapan dan keenakan nasi kerabu terletak pada sambal kelapa dan ikan. Kalau ada budu atau sambal tumisan, lagiiiii sedap...
Ada satu kotak je lagi nasi kerabu express (biru).
#NasiKerabuExpress
0133703161
Ahad, 20 November 2016
NASI KERABU EXPRESS KE SARAWAK
Alhamdulillah, nasi kerabu dah selamat diposkan ke Mukah. Ramai juga orang Sarawak dan Sabah suka makan nasi kerabu ye.
Che kak tak kacau otai nasi kerabu. Sape pandai dan berkelapangan masak nasi kerabu yang sedap memang terbaik la.
Che kak mengaku tak pandai. Tambah pula rasa macam renyah je nak sediakan bahan nasi kerabu. Kelapa parut susah juga nak cari. Lepas tu nak goreng tanpa minyak pula, adoiii malasnyer.
Kalau beli kat pasar malam atau kedai, kadang kala tak sedap.
Ada pelajar praktikal tempat kerja che kak yang belajar kat Sabah dan Sarawak. Katanya kalau ada jual nasi kerabu harga RM15.00 sepinggan pun diorang sanggup beli. Sebab rindu punye pasal.
Alahai. Nasib baik ada nasi kerabu express. Sambal kelapa dan ikan tak payah masak dah. Sekarang ni ada pek untuk peniaga nasi kerabu masak siap. Nak buat jamuan pun boleh.
Jom layan nasi kerabu express.
0133703161
Selasa, 1 November 2016
APA ADA PADA NASI KERABU EXPRESS
Lama tak berasap kat blog che kak ni. Malam ni mata tak mau tido lagi. So, jangan buang masa, kita bercerita pasal nasi kerabu la ye.
Alhamdulillah, sampai sekarang tak putus-putus lagi orang bertanyakan dan order nasi kerabu express. Walaupun che kak dikelilingi kedai nasi kerabu, tapi che kak tetap teruskan promote nasi kerabu express. Kenapa? Che kak tidaklah mengharapkan kekayaan hasil jual nasi kerabu express. Cuma rasa seronok apabila dapat bantu peminat nasi kerabu.
Ramai peminat nasi kerabu yang merantau, rindukan nasi kerabu. Kat Kelantan ok ler sebab kedai makan banyak. Perantau?? Nasib baik ada nasi kerabu express wat hilang rasa rindu dan kempunan. Betul kan?
Dalam pek ni ada beras siam anggaran 3 cawan kecil beras. Ada sambal ikan, kelapa goreng, budu, keropok dan pewarna biru.
Beras selepas dicuci, masukkan serai dan daun limau purut. Pewarna biru jangan dilupa. Rasa tak lengkap nasi kerabu kalau tak berwarna. Wangi semerbak apabila nasi dah masak. Ops lupa nak bagitau. Beras siam ni kena masukkan air lebih sikit daripada beras biasa.
Sambal ikan dan kelapa goreng digaulkan bersama. Tak perlu dah nak masak. Tapi kalau nak panaskan dengan microwave pun ok je.
![]() |
Sambal ikan dan kelapa yang belum digaulkan bersama |
![]() |
Sambal ikan dan kelapa goreng yang dah siap digaulkan bersama |
Budu yang disediakan pun tak perlu dah dimasak. Sedap sangat. Budu masak stail budu golok.
Keropok ada la 6@7 keping. Goreng dulu tau. Gambar keropok yang dah digoreng, lupa pulak nak snap.
Tambahan ulam, ikut suka hati. Anak-anak che kak memang tak makan sayur dan ulam. Makan nasi kerabu tanpa ulam. Hehe. Ulam biasanya timun, tauge, kacang panjang, kobis. Standard ulam kat kedai makan. Tapi che kak suka ulam pucuk serai kayu, bunga kantan, daun kesum dan serai. Hiris halus-halus semua ulam tu.
Lauk paling simple, ayam goreng je la che kak masak. Goreng ayam berempah. Kalau ada telur masin, pergh.. Nyakut molek. Ikut la nak masak lauk apa pun. Alamak! Gambar ulam dan lauk pu lupa juga nak snap. Bayangkan je la ye. Hehe.
Isnin, 10 Oktober 2016
NASI KERABU EXPRESS TERBANG KE SABAH DAN SARAWAK
Syukur pada Allah, sejak akhir-akhir ini dapat order nasi kerabu express dari Sarawak dan Sabah. Malahan ada yang repeat order. Walaupun kos postage agak mahal, namun ianya bukan halangan untuk dapatkan nasi kerabu express.
![]() |
Aimi bersama kotak prepaid saiz M dan L (Sabah dan Sarawak) |
Lebih MURAH!
SESUAI UNTUK
✔ Bisnes nasi kerabu siap masak
✔ Jamuan buka puasa
✔ Majlis rumah terbuka
============ KANDUNGAN ============
1. Isi Ikan
2. Kelapa Goreng
3. Budu Istimewa
4. Pewarna Biru Bunga
*Cukup untuk dimasak bersama 5kg beras *
Berat 1 set 2kg 1 Set HANYA RM65 untuk 70 orang!
![]() |
Pek ekonomi |
Che kak doakan bisnes nasi kerabu berjalan dengan maju jayanya. 0133703161
Ahad, 21 Ogos 2016
NASI KERABU EXPRESS SEDAP DAN NAK REPEAT ORDER
Alhamdulillah. Suka tak terkata hati che kak. Berbunga-bunga dalam hati bagaikan dalam taman. Dah la cakap sedap. Siap nak repeat order lagi. Kastemer che kak dari Limbang Sarawak. Ada rezeki, nasi kerabu express ketereh terbang ke Limbang Sarawak lagi ye.
Ops. Kalau jumpa screenshot ni, kastemer che kak jangan marah ye. Hihi. Che kak nak abadikan kenangan ni dalam blog che kak.
0133703161
#NasiKerabuExpress
![]() |
Testimoni nasi kerabu express |
Langgan:
Catatan (Atom)